Kerajaan Perak menempa sejarah baru pada 28 Februari yang lalu dengan pelancaran syiling dinar emas dan dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pertama di dunia yang menggunakan kandungan emas dan perak tulen hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, usaha memperkenalkan dinar emas dan dirham perak di negeri ini bermula sejak 2005 lagi dengan kerjasama Ketua Jabatan Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan Sains IIUM, Prof Ahamed Kameel Mydeen Meera, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Dinar Emas dan Dirham Perak Negeri Perak, di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Dinar emas dan dirham Perak direka secara unik dengan jata Negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang. Kualitinya lebih baik daripada yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abd Malik Ibni Marwan iaitu 1,357 tahun lalu yang hanya 97 peratus emas sebaliknya kerajaan Perak memperkenalkan dinar emas dan dirham perak yang pertama di dunia menggunakan kandungan emas 24K dan 99.9 peratus perak.
Dinar emas merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham perak
pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak. Dinar emas dijual pada harga RM690 manakala
koleksi dirham perak dijual dengan harga RM260. Pada majlis itu juga beliau turut melancarkan
buku ‘The Real Money’ yang disunting oleh Prof Ahamed Kameel.
sumber : http://www.perak.gov.my
~Moh join PEMARAK~
Kerajaan Perak Lancar Dinar Emas Dan Dirham Perak
Posted by
Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)
Thursday, March 31, 2011
at 10:31 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments: