• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

LEBIH 500 MAHASISWA BERHIMPUN DI BUKIT JANA, PERAK
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)





Pada 21-23hb Oktober 2011 telah diadakan Himpunan Kerjaya Mahasiswa Perak (HIMPUN) bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana Perak. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) dan Kerajaan Negeri Perak. Persatuan Mahasiswa Perak UM telah menghantar seramai 18 orang untuk menyertai program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak oleh Dato Seri Zambry Abdul Kadir. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ice breaking, taklimat kerjaya, taklimat menghadapi temuduga dan sebagainya.



Dalam program tersebut juga berlangsung sidang mesyuarat Majlis Perundingan Mahasiswa Perak bertempat di Bilik Gerakan Bangunan Perak. Saudara Meor Farid Asyradi telah dilantik untuk mewakili Universiti Malaya dalam persidangan tersebut. MPMP ditubuhkan sebagai platform menyampaikan pandangan mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Perak. Seramai 20 buah kampus ipt menyertai persidangan ini.

~Moh join PEMARAK~

Photo

Monday, November 7, 2011

at 7:30 AM


SALAM AIDIL ADHA
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)



~SALAM AIDIL ADHA DARIPADA PEMARAK UM~

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."

(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan berhati-hati di jalan raya.


~Moh join PEMARAK~

Photo

Sunday, November 6, 2011

at 7:32 AM


SEKOLAH NADWAH ATTULAB, SEKOLAH ANGKAT PEMARAK- YDP
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)






Pada 16 dan 17 Julai baru-baru ini Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) telah berjaya mengadakan Kem Ibadah dan Penghayatan Islam 11 di Sekolah Agama Nadwah Attulab, Layang-layang Kanan, Perak. Program diadakan dengan kerjasama pentadbiran Sekolah Agama Nadwah Attulab. Program ini disertai seramai 40 orang pelajar sekolah.

Pengarah program saudara Najmul Kamil bin Daud yang juga merupakan Exco Ekonomi Persatuan Mahasiswa Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu bagi menjayakan program Kem Ibadah kali ini. Program ini juga merupakan perintis awal kepada pihak sekolah untuk meneruskan program-program akan datang dengan kerjasama PEMARAK.

Dalam majlis penutup Kem Ibadah dan Penghayatan Islam itu juga, YDP Persatuan Mahasiswa Perak saudara Muhammad Syafaat bin Muhd Azli mengistiharkan Sekolah Agama Nadwah Attulab sebagai sekolah angkat PEMARAK dan akan meneruskan program-program seperti ini di masa akan datang.


~Moh join PEMARAK~

Photo

Tuesday, July 26, 2011

at 8:59 PM


Sekitar Program Kem Ibadah dan Penghayatan Islam pada 16-17 Julai 2011
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


Antara sebahagian peserta Kem Ibadah dan Penghayatan Islam


Peserta sedang menjamu selera

Para peserta sedang mendengar taklimat dari ketua fasilitator.



Guru Besar Sekolah Agama Nadwah Attulab, Ustazah Zahirah



Barisan fasilitator dan pentadbiran Sekolah Nadwah Attulab




~Moh join PEMARAK~

Photo

at 2:01 PM


Labels:

KEM IBADAH & PENGHAYATAN ISLAM 2011
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) akan mengadakan Kem Ibadah dan Penghayatan Islam 2011 pada 16-17 Julai ini. Program ini akan diadakan di Sekolah Agama Rakyat Nadwah At-Tullab Teluk Manis, Layang-Layang Kiri, Perak.
Sesiapa yang berminat untuk menjadi fasilitator boleh menghubungi dengan segera :

SMS nama penuh , no. metrik & no. IC ke - 014-8228084 ..

~Moh join PEMARAK~

Photo

Tuesday, July 5, 2011

at 9:08 PM


SELAMAT ULANGTAHUN KEPUTERAAN DYMM PADUKA SERI SULTAN PERAK
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)




Pada 19 April ini merupakan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.

Sultan Azlan Shah dilantik sebagai Raja Muda Perak pada 1 Julai 1983. Baginda seterusnya telah dilantik sebagai Sultan Perak ke-34 pada tarikh 9 Disember 1985. Baginda menjadi sultan di negeri Perak selepas kemangkatan Sultan Idris Shah. Sultan Azlan juga pernah menjadi Yang Dipertuan Agong di Malaysia ini.Baginda merupakan Yang Di Pertuan Agong yang Ke-9 dari 26 April 1989 hingga 25 April 1994.

Persatuan Mahasiswa Perak menyembah kasih dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Perak sempena ulangtahun keputeraan Baginda yang ke 83 pada 19 April ini.

Menurut portal Perak Today , Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata :

“Sebagai ikrar taat setia kepada Sultan Perak, marilah bersama-sama mengibarkan bendera Perak di setiap premis serta menganjurkan aktiviti kemasyarakatan pada hari berkenaan,” katanya di Ipoh semalam.

Presiden Persatuan Mahasiswa Perak UM Muhammad Syafaat b Mohd Azli berkata :

"Kami mahasiswa anak Perak di sini mendoakan agar Sultan Perak dan Raja Permaisuri, Tuanku Bainun dipanjangkan umur, dilimpahi rahmat dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan Perak dapat terus aman di bawah pemerintahan Sultan Perak"..

Daulat Tuanku..


~Moh join PEMARAK~

Photo

Monday, April 18, 2011

at 10:56 AM


CERAMAH MOTIVASI
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


Persatuan Mahasiswa Perak akan mengadakan Ceramah Motivasi bertajuk "Tepuk Dada Tanya Hati" yang akan disampaikan oleh Ustaz Muhd Syaari Abd Rahman pada 7 April 2011 hari Khamis jam 9 malam...

~SEMUA WARGA KAMPUS DIJEMPUT HADIR~

~Moh join PEMARAK~

Photo

Monday, April 4, 2011

at 6:09 PM


International Muslim Youth Week (ILMU)
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


Sempena International Muslim Youth Week 2011 (ILMU) akan diadakan Karnival ILMU '11 yang akan diadakan di Universiti Malaya bermula dari 2 April hingga 5 April 2011 bertempat di Komples Perdana Siswa Universiti Malaya. Karnival ILMU 11 ini dianjurkan oleh Sekretariat Tabung Haji Universiti Malaya (TaHa@UM) dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Karnival ILMU 11 kali ini terdiri daripada pelbagai aktiviti-aktiviti dan sub program yang menarik dan juga berbentuk ilmiah. Antaranya aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti Sukan Rakyat, Larian Karnival TaHa@U, Speakers' Corner, Incredible Race, Voice Challenge, Paintball dan pelbagai aktiviti-aktiviti lain yang menarik di booth Berita Harian. Selain itu juga terdapat program-program lain turut diadakan seperti Seminar Dinar Emas dan Halal Talks yang kesemuanya bersesuaian dengan tema yang dibawa iaitu"Empowering The Muslim Youth".

Antara yang menjadi tarikan orang ramai untuk turut hadir ke karnival ini adalah Chocolate Fair dan Halal Hub Bazar yang mana turut menyediakan peluang kepada usahawan-usahawan Muslim pembuat coklat dan produk halal untuk memasarkan produk-produk mereka.

Disamping itu turut akan diadakan juga Majlis Pelancaran Rasmi Sekretariat Tabung Haji Universiti Malaya (TaHa@UM) yang mana untuk memberi pengenalan secara rasmi kepada umum tentang pelancaran Sekretariat Tabung Haji yang pertama dalam kalangan IPT seluruh Malaysia di samping memberi penghargaan kepada sukarelawan-sukarelawan Operasi Haji Tanah Air 2010 (OHTA)yang terdiri daripada warga Universiti Malaya.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Karnival ILMU 11 ini.

Tentatif program International Muslim Youth Week 2011 (ILMU ’11) :







~Moh join PEMARAK~

Photo

Thursday, March 31, 2011

at 11:13 PM


Kerajaan Perak Lancar Dinar Emas Dan Dirham Perak
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)







Kerajaan Perak menempa sejarah baru pada 28 Februari yang lalu dengan pelancaran syiling dinar emas dan dirham perak sebagai instrumen pelaburan dan simpanan pertama di dunia yang menggunakan kandungan emas dan perak tulen hasil kerjasama strategik GoldNet International Sdn. Bhd. dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, usaha memperkenalkan dinar emas dan dirham perak di negeri ini bermula sejak 2005 lagi dengan kerjasama Ketua Jabatan Kewangan, Ekonomi dan Pengurusan Sains IIUM, Prof Ahamed Kameel Mydeen Meera, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Dinar Emas dan Dirham Perak Negeri Perak, di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Dinar emas dan dirham Perak direka secara unik dengan jata Negeri Perak ditempa di bahagian muka hadapan wang syiling tersebut sementara reka bentuk klasik dinar Islam yang pertama kali digunakan semasa zaman Khalifah Abdul Malik Marwan pula dicetak di bahagian belakang. Kualitinya lebih baik daripada yang dihasilkan pada zaman Khalifah Abd Malik Ibni Marwan iaitu 1,357 tahun lalu yang hanya 97 peratus emas sebaliknya kerajaan Perak memperkenalkan dinar emas dan dirham perak yang pertama di dunia menggunakan kandungan emas 24K dan 99.9 peratus perak.

Dinar emas merupakan wang syiling seberat 4.25 gram 24K emas sementara dirham perak
pula adalah seberat 3 gram 99.9 syiling perak. Dinar emas dijual pada harga RM690 manakala
koleksi dirham perak dijual dengan harga RM260. Pada majlis itu juga beliau turut melancarkan
buku ‘The Real Money’ yang disunting oleh Prof Ahamed Kameel.

sumber : http://www.perak.gov.my

~Moh join PEMARAK~

Photo

at 10:31 PM


Simposium Kecemerlangan Belia 2011
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)



26 dan 27 Mac 2011 | Undercroft, Universiti Teknologi PETRONAS akan mengadakan Simposium Kecemerlangan Belia 2011.

Simposium Kecemerlangan Belia 2011 Suatu acara yang akan membincangkan aspek kepimpinan dan ekonomi. Kertas kerja yang akan dibentangkan;

1. Kekuatan Pimpinan Islam di Era Globalisasi

2. Kepimpinan Islam : Kini, Dulu dan Masa Hadapan

3. Ekonomi Malaysia : Dilema & Realiti

4. Dinar Emas : Rahsia Pengukuhan EkonomiTempat adalah terhad!

Hubungi segera untuk mendaftar sementara tempat masih ada !

sumber : http://siswaperak.com/v1/?p=1019



~Moh join PEMARAK~

Photo

Friday, March 25, 2011

at 11:12 PM


Labels:

Happy Chinese New Year 2011
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)



Selamat Tahun Baru Cina Kepada Seluruh Warga Universiti Malaya....


~Moh join PEMARAK~

Photo

Sunday, January 30, 2011

at 4:33 AM