• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Sekitar IFTAR PERDANA 10'@PEMARAK
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


~Moh join PEMARAK~

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat warga pemarak.Alhamdulillah baru-baru ini PEMARAK telah menjalankan Majlis berbuka puasa bersama anak-anak Perak.Majlis ini dilaksanakan pada 25 hb Ogos 2010 di Dataran Fakulti Sastera.Antara yang dijemput dalam majlis ini adalah Prof Dr Mohamad Redzuan Othman(Penasihat Pemarak) tetapi beliau tidak dapat untuk bersama di dalam majlis tersebut kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan.Beliau sendiri menyatakan rasa rindu ingin bersama dengan anak Perak dalam majlis tersebut.Turut hadir bersama dalam majlis ini YDP dan NYDP persatuan-persatuan anak negeri ,PMIUM ,PMAPIUM dan sebagainya.Selain itu, antara aturcara dalam majlis tersebut diadakan majlis berbuka puasa,

solat fardhu maghrib dan isyak berjemaah,


tazkirah ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafez Sabri(Mantan YDP Pemarak 08/09)

, solat terawih berjemaah dan Taaruf bersama warga pemarak.Kehadiran dalam majlis ini dikalangan warga perak cukup memberangsangkan.


Sekalung penghargaan diucapkan kepada jawatankuasa Iftar yang bertungkus lumus dalam menjayakan majlis ini.Tidak lupa kepada tulang belakang kepada Pemarak, warga Perak yang hadir dalam majlis telah memberi komitmen yang baik sepanjang majlis ini berlangsung.

Menurut YDP Pemarak,Muhammad Syafaat Mohd Azli berkata "InsyaAllah ,kami akan menggandakan usaha untuk mendekatkan lagi anak perak dengan program-program yang menarik pada masa akan datang".

Sambutlah ramadhan kali ini dengan meningkatkan amal kebajikan dan rebutlah peluang ini sebagai medan untuk mengenal diri kita semula dan muhasabah.Terima kasih ~ post Pemarak

Photo

Thursday, August 26, 2010

at 4:44 PM


0 comments: