• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

::unsorted post::
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

_PEMARAK _

Hello bloggers.


Happy Deepavali !
Smoga Seelan dan kawan-kawan yang berbangsa India yang lain berbahagia bersama keluarga tercinta.
Well, I;m really sorry cuz late updating this blog. Sgtlah sibuk dgn assignments. Nak-nak pulak dlm minggu terakhir ni,Dengan test2 lagi.maaf ya. so,post kali ni agak lah panjang merangkumi Deepavali wishes to our only one indian MT in PEMARAK,then next i will update about our program PROKIT and Jamuan Raya,and lastly its regarding to our preparation for final exam.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------




JAMUAN RAYA
Alhamdulillah – all praises goes to Allah swt. Program PROKIT dan Jamuan Raya dah berjaya dijalankan.
~Terima kasih kepada semua yang hadir . *smoga Allah sentiasa merahmati anda* ~

SAJIAN PEMARAK~Alhamdulillah~

~jemput makan~



~Terima kasih juga kepada SEMUA ahli-ahli jawatankuasa yang BERUSAHA untuk menjayakan kedua-kedua program. ~


Terutama sekali
----Pengarah Jamuan Raya : Helmi a.k.a Sudin
----Pengarah PROKIT : Norli a.k.a Riu Qian

Plus.seriously the ‘rendang’ very fabulos marvelos.(order kat Gerai ke-3,Kolej Kediaman ke-12)
The ‘ketupat’ and ‘ketupat palas’ also cannot be left out.Sgt.lah sedap. (time kasih kepada team memasak ketupat yg diketuai oleh Cik ZAhrah) *calon isteri solehah?* ahha. . *zAhrah sudah blushing2*
hihi.
Kuah kacang? Jutaan terima kasih kepada makcik kepada En.HELMi . Delicious dish. Some of the guess said that it a lil bit spicy,but yeahh,this is soooOO Malay . *hafiz n frenz ,kamu semua perlu belajar mkn mknn pedas* ahaks!
Timun-mentimun?
Ahha.sape la habiskan mentimun-mentimun itu?


PROKIT


~Ya Allah,tambahkanlah ilmu yang bermanfaat kepada kami~amin~


~Terima kasih kepada tenaga pengajar bagi projek PROKIT ; ALONG. Thanx a bunch dude!~

jasa mu dikenang selalu.


Oklah,nak exam ni,xnak mengomel panjang2 lagi.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

EXAM MODE

wanna share with u guys on how to ‘develop effective examination techniques’ ?
Secara ringkasnya :

  • Revise early. Buat list yang perlu di’cover’.Check with ur friends or lecturers when u are in doubt to make ensure tht u hv not missed out anything.
  • Jgn study untuk exam jer.Study untuk faham subjek tersebut.(make sure u hv all your notes kay)
  • Neway,penah dgr tak pasal Swot cards? Transfer the main outlines of ur topics,main points,phrases and equations to ur cards.nak dekat exam ni kena kreatif sikit dlm cara-cara menghafal ni.Since the exams requires us to remember the facts,the more we look at them the more we can remember them.Pakai lah mcm2 pen warna untuk ‘highlight’kan point2 yg penting .

  • Rehearse old exam questions.
  • stay Calm and relax.


  • Sleep well the night before.Barulah ‘fresh’ otak esok pagi.Nothing is worse than going into the examination hall blurry-eyed and with a cluttered mind.

  • Habis je exam ; leave immediately. Xperlu bincang2 .What is done is done,and we want to stay calm to face the other forthcoming papers kan?.

  • Berusaha berhabis-habisan + berdoa seyakin-yakinnya + bertawakal setenang-tenangnya.
    Ha,jgn lupa berdoa.Ape-ape pun kita xmampu buat tanpa izin dan pertolongan Yang Maha Esa.Plus,doakan untuk kawan-kawan kita juga.

    ~InsyaAllah.everything will be fine ~InsyaAllah~
    Oklar,till then , kami dari pihak PEMARAK wanna wish u all all the best in ur final exam. Gambade! Jia yok ! Berusahalah ! Semoga berjaya !

    ~salam~
  • PEMARAK SIGNING OFF

Photo

Saturday, October 25, 2008

at 5:22 AM


PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA PERAK UNIVERSITI MALAYA


syukur Allahamdulillah umat Islam di Malaysia pada hari ini khususnya kepada rakan-rakan dapat sekali menunaikan ibadah puasa dalam keadaan aman dan sejahtera. . Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana di sepanjang bulan Ramadan kita dikurniakan berbagai- bagai nikmat dan rezeki serta kesihatan. Kita juga bersyukur kerana dihindari dan dijauhi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada penderitaan dan kepahitan hidup seperti yang menimpa saudara muslimin dan muslimat kita di beberapa negara, akibat peperangan di antara Islam dengan bukan Islam dan orang Islam sesama orang Islam.
Yang pertamanya, adalah diharapkan setelah berjaya menunaikan ibadat puasa yang wajib ini, kita akan menjadi insan yang lebih insaf dan bertakwa. Mudah-mudahan dengan kita bersyukur, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan berkenan mengurniakan lebih banyak lagi rezeki dan menambahkan lagi nikmat kepada kita di masa akan datang. Ibadat puasa memberikan banyak hikmah, manfaat dan pengajaran kepada kita. Di samping membantu membentuk akhlak dan peribadi yang mulia, sepertimana yang dituntut oleh agama Islam, berpuasa memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita mengenai kelaparan dan penderitaan yang dialami oleh umat Islam yang kurang bernasib baik. Justeru itu, kita akan lebih bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan lebih bertimbang rasa serta insaf.Seterusnya, Hari Raya Aidilfitri di negara ini disambut dengan meriah oleh kaum muslimin dan muslimat. Pada hari yang mulia ini di samping kita bergembira, kita hendaklah juga bersyukur kerana kejayaan kita menghadapi segala ujian ketabahan diri dan melawan segala bentuk nafsu. Umat Islam hendaklah juga kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Selain daripada kemenangan kita menghadapi ujian ibadat puasa, kita juga bersyukur kerana negara kita aman dan stabil. Ini membolehkan masyarakat berbilang kaum di negara ini hidup aman damai. Untuk meningkatkan lagi pembangunan negara dan mencapai hasrat kita menjadikan Malaysia sebuah negara maju, adalah penting kestabilan politik dan hubungan baik antara kaum ini sentiasa dipupuk dan ditingkatkan.Setelah melihat bagaimana rusuhan yang dahsyat berlaku kerana perkauman di beberapa negara, kita patut lebih menghargai keharmonian kita dan memelihara keharmonian ini dengan baik.Oleh yang demikian, sempena Aidilfitri ini, saya menyeru perpaduan yang erat antara sesame muslim. Jika dilihat pada hari, pepecahan Umat Islam telah menyebabkan menjadi lemah dan bermusuh sesame sendiri. Kita sepatutnya bersatu walaupun berbeza idelogi dan fahaman supaya umat Islam menjadi kuat dan bersatu kembali. Selain itu, amalan kunjung-mengunjung antara sesama sendiri walaupun berlainan agama dan bangsa sewajibkan menjadi amalan supaya dapat mengekalkan toleransi antara kaum di dalam Negara ini.Sebagai penutup, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya ingin Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada seluruh mahasiswa/wi Universiti Malaya khususnya mahasiswa/wi yang berasal negeri Perak Darul Ridzuan, Selamat Pulang Perantauan ke daerah masing-masing serta berhati-hati ketika di jalan raya. “ Singgah sebentar di pekan Gerik jangan lupa tarikh balik.” Maaf Zahir dan Batin, wasalam.


“ SEMARAK BERSAMA PEMARAK”
JUANI MUNIR BIN ABU BAKARPRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA PERAKUNIVERSITI MALAYA SESI 08/09

Photo

Tuesday, October 7, 2008

at 8:10 PM