• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

PERUTUSAN AIDILFITRI PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA PERAK UNIVERSITI MALAYA


syukur Allahamdulillah umat Islam di Malaysia pada hari ini khususnya kepada rakan-rakan dapat sekali menunaikan ibadah puasa dalam keadaan aman dan sejahtera. . Kita bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala kerana di sepanjang bulan Ramadan kita dikurniakan berbagai- bagai nikmat dan rezeki serta kesihatan. Kita juga bersyukur kerana dihindari dan dijauhi oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala daripada penderitaan dan kepahitan hidup seperti yang menimpa saudara muslimin dan muslimat kita di beberapa negara, akibat peperangan di antara Islam dengan bukan Islam dan orang Islam sesama orang Islam.
Yang pertamanya, adalah diharapkan setelah berjaya menunaikan ibadat puasa yang wajib ini, kita akan menjadi insan yang lebih insaf dan bertakwa. Mudah-mudahan dengan kita bersyukur, Allah Subhanahu wa Ta'ala akan berkenan mengurniakan lebih banyak lagi rezeki dan menambahkan lagi nikmat kepada kita di masa akan datang. Ibadat puasa memberikan banyak hikmah, manfaat dan pengajaran kepada kita. Di samping membantu membentuk akhlak dan peribadi yang mulia, sepertimana yang dituntut oleh agama Islam, berpuasa memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita mengenai kelaparan dan penderitaan yang dialami oleh umat Islam yang kurang bernasib baik. Justeru itu, kita akan lebih bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan lebih bertimbang rasa serta insaf.Seterusnya, Hari Raya Aidilfitri di negara ini disambut dengan meriah oleh kaum muslimin dan muslimat. Pada hari yang mulia ini di samping kita bergembira, kita hendaklah juga bersyukur kerana kejayaan kita menghadapi segala ujian ketabahan diri dan melawan segala bentuk nafsu. Umat Islam hendaklah juga kunjung-mengunjungi dan bermaaf-maafan di antara satu sama lain. Selain daripada kemenangan kita menghadapi ujian ibadat puasa, kita juga bersyukur kerana negara kita aman dan stabil. Ini membolehkan masyarakat berbilang kaum di negara ini hidup aman damai. Untuk meningkatkan lagi pembangunan negara dan mencapai hasrat kita menjadikan Malaysia sebuah negara maju, adalah penting kestabilan politik dan hubungan baik antara kaum ini sentiasa dipupuk dan ditingkatkan.Setelah melihat bagaimana rusuhan yang dahsyat berlaku kerana perkauman di beberapa negara, kita patut lebih menghargai keharmonian kita dan memelihara keharmonian ini dengan baik.Oleh yang demikian, sempena Aidilfitri ini, saya menyeru perpaduan yang erat antara sesame muslim. Jika dilihat pada hari, pepecahan Umat Islam telah menyebabkan menjadi lemah dan bermusuh sesame sendiri. Kita sepatutnya bersatu walaupun berbeza idelogi dan fahaman supaya umat Islam menjadi kuat dan bersatu kembali. Selain itu, amalan kunjung-mengunjung antara sesama sendiri walaupun berlainan agama dan bangsa sewajibkan menjadi amalan supaya dapat mengekalkan toleransi antara kaum di dalam Negara ini.Sebagai penutup, saya mewakili Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya ingin Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1429H kepada seluruh mahasiswa/wi Universiti Malaya khususnya mahasiswa/wi yang berasal negeri Perak Darul Ridzuan, Selamat Pulang Perantauan ke daerah masing-masing serta berhati-hati ketika di jalan raya. “ Singgah sebentar di pekan Gerik jangan lupa tarikh balik.” Maaf Zahir dan Batin, wasalam.


“ SEMARAK BERSAMA PEMARAK”
JUANI MUNIR BIN ABU BAKARPRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA PERAKUNIVERSITI MALAYA SESI 08/09

Photo

Tuesday, October 7, 2008

at 8:10 PM


9 comments:

October 7, 2008 at 8:39 PM
Permalink this comment

said...

help me.

October 7, 2008 at 8:41 PM
Permalink this comment

said...

help me.

October 7, 2008 at 8:47 PM
Permalink this comment

said...

help me.

said...

ok. I found an information here that i want to look for.

said...

yeah! its much better,

October 7, 2008 at 8:53 PM
Permalink this comment

said...

thats amazing story.

October 7, 2008 at 8:56 PM
Permalink this comment

said...

help me.

said...

???

Anonymous

November 18, 2008 at 10:15 AM
Permalink this comment

said...

Salam, semoga PEMARAK terus bersemarak. Cadangan diadakan majlis reunion dengan bekas-bekas ahli pemarak.