• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Annual Grand Meeting PEMARAK sesi 2009/2010
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)



ucapan YDP PEMARAK sesi 2010/2011, saudara Muhammad Syafaat Mohd Azli


ucapan Timbalan YDP, Intan Shafinaz bt Sharifudin

Tanggal 19 April 2010 yang lalu,Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya atau lebih dikenali PEMARAK UM telah megadakan Annual Grand Meeting Pemarak Um(AGM PEMRAK UM).Majlis mesyuarat tahunan ini bertujuan untuk membentangkan laporan tahunan perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh persatuan ini bagi sesi 2009/2010.Selain itu,objektif utama dalam AGM kali ini adalah untuk melantik barisan kepimpinan baru PEMARAK UM bagi sesi 2010/2011.Mesyuarat ini telah berlangsung di Dewan Kuliah C Fakulti Sastera dan Sains Sosial pada jam 3.30 petang.Majlis mesyuarat ini dihadiri oleh penasihat PEMARAK UM iaitu Prof. Dr Redzuan Mohamad yang merupakan Dekan Fakulti ini dan juga wakil daripada TNC Hal Ehwal Pelajar UM.Majlis itu dimulai dengan ucapan daripada Pengarah AGM iaaitu saudara Mohamad Rusydan Bin Mohd Ruslan.Dalam ucapannya beliau menjelaskan

ucapan Pengarah AGM saudara Mohamad Rusydan Mohamad Ruslan

Perkara penting dalam menjalankan AGM kali ini adalah untuk melantik kepimpinan baru bagi PEMARAk UM demi untuk meneruskan usaha dan pembaharuan kepada persatuan dalam menyokong dan membantu mahasisiwa dan mahasiswi anak-anak Perak”

Selain itu,majlis ini telah dirasmikan oleh Penasihat PEMARAK UM yang mana dalam ucapannya menegaskan

ucapan perasmian oleh penasihat Pemarak Um, Prof Dr Redzuan Mohamad

Sebagai seorang mahasiswa yang menuntut di universiti,persoalan tentang melibatkan diri dalam persatuan bukanlah satu halangan untuk mahasiswa terus maju dalam pembelajaran akademik mahupun akhlak.Sebaiknya penglibatan dalam persatuan sebenarnya memberi satu imput berguna dan pengalaman kepada mahasiswa dan mematangkannya dalam membuat sesuatu urusan dengan lebi efisyen dan teratur”

Beliau juga menggalakkan mahasiswa-mahasiswa terutamanya anak-anak Perak supaya ambil dan rebutlah peluang ini untuk memperbaiki diri,menambahkan ilmu dan pengalaman selain daripda dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesame anak-anak Perak.

Di dalam majlis itu,YDP PEMARAK UM sesi 2009/2010 saudara Mohd Lokman memberi kata semangat dan perangsang kepada mahasiswa agar terus bersama dengan persatuan ini dan menyampaikan setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan PEMARAK UM sesi 2009/2010 atas pengorbanan dan sumbangan yang diberikan dalam merealisasikan usaha-usaha membangunkan persatuan ini.

”Harapan saya buat kepimpinan baru agar dapat menjalankan pelbagai aktiviti dan menggandakan usaha untuk memancarkan atau mencerminkan persatuan PEMARAK UM di masa akan datang supaya kita dapat menghubungkan kembali dan menghimpunkan kesemua anak-anak Perak yang menuntut di universiti ini.”

Beliau juga berharap dengan perlantikan barisan kepimpinan baru ini dapat merancakkan dan menggembling tenaga untuk menaikkan nama PEMARAK di mata mahasiswa khususnya mahasiswa Perak.

Mesyuarat Agung Tahunan PEMARAK UM ini diteruskan dengan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang setahun.Perbentangan telah dilaksanakan oleh YDP saudara Mohd Lokman,Setiausaha saudari Nailatun dan Bendahari Agong saudari Munirah Wan Ahmad Salimi.

Pada kemucaknya AGM ini majlis perlantikan barisan kepimpinan PEMARAK Um sesi 2010/2011 telah dilaksanakan.Pengumuman perlantikan baru dibuat secara undian oleh majority ahli dewan yang hadir.Secara rasminya perlantikan ini telah diumumkan oleh saudara Mohd Lokman :

BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA PERAK SESI 2010/2011

Yang Di Pertua

Muhammad Syafaat Bin Mohd Azli

Jabatan Syariah dan Undang-Undang

Timbalan Yang Di Pertua

Intan Syafinaz Binti Sharifudin

Fakulti Sains

Setiausaha Agong

Mohammad Rusydan Bin Mohamad Ruslan

Jabatan Syariah dan Ekonomi

Bendahari Agong

Mohamad Zaim Bin Isamail

Jabatan Syariah dan Ekonomi

Ini merupakan barisan kepimpinan baru PEMARAK UM yang akan meneruskan perjuangan untuk memaksimumkan peluang di dalam berpersatuan untuk melaksanakan dan merencanakan aktiviti pada masa akan datang untuk mahasiswa-mahasiswi Perak.Semoga dengan perlantikan ini diberikan oleh Allah kekuatan dan dipermudahkan kepada kepimpinan baru untuk mentadbir persatuan ini.Sekian sahaja laporan AGM PEMARAK UM kali ini.Terima kasih.



Sekalung Penghargaan kepada Mantan kepimpinan PEMARAK UM sesi 2009/2010


















Sekitar AGM PEMARAK UM

Photo

Tuesday, April 20, 2010

at 9:58 PM


~AGM PEMARAK~
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

SALAM MAHABBAH

AGM (Annual Grand Meeting) PEMARAK 2009/2010
19HB 4 2010


Moh datang beramai-ramai...tempat akan dimaklumkan kemudian...

Photo

Saturday, April 17, 2010

at 3:35 PM