“Perkara penting dalam menjalankan AGM kali ini adalah untuk melantik kepimpinan baru bagi PEMARAk UM demi untuk meneruskan usaha dan pembaharuan kepada persatuan dalam menyokong dan membantu mahasisiwa dan mahasiswi anak-anak Perak”
Selain itu,majlis ini telah dirasmikan oleh Penasihat PEMARAK UM yang mana dalam ucapannya menegaskan
“Sebagai seorang mahasiswa yang menuntut di universiti,persoalan tentang melibatkan diri dalam persatuan bukanlah satu halangan untuk mahasiswa terus maju dalam pembelajaran akademik mahupun akhlak.Sebaiknya penglibatan dalam persatuan sebenarnya memberi satu imput berguna dan pengalaman kepada mahasiswa dan mematangkannya dalam membuat sesuatu urusan dengan lebi efisyen dan teratur”
Beliau juga menggalakkan mahasiswa-mahasiswa terutamanya anak-anak Perak supaya ambil dan rebutlah peluang ini untuk memperbaiki diri,menambahkan ilmu dan pengalaman selain daripda dapat mengukuhkan hubungan silaturrahim sesame anak-anak Perak.
Di dalam majlis itu,YDP PEMARAK UM sesi 2009/2010 saudara Mohd Lokman memberi kata semangat dan perangsang kepada mahasiswa agar terus bersama dengan persatuan ini dan menyampaikan setinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan PEMARAK UM sesi 2009/2010 atas pengorbanan dan sumbangan yang diberikan dalam merealisasikan usaha-usaha membangunkan persatuan ini.
”Harapan saya buat kepimpinan baru agar dapat menjalankan pelbagai aktiviti dan menggandakan usaha untuk memancarkan atau mencerminkan persatuan PEMARAK UM di masa akan datang supaya kita dapat menghubungkan kembali dan menghimpunkan kesemua anak-anak Perak yang menuntut di universiti ini.”
Beliau juga berharap dengan perlantikan barisan kepimpinan baru ini dapat merancakkan dan menggembling tenaga untuk menaikkan nama PEMARAK di mata mahasiswa khususnya mahasiswa Perak.
Mesyuarat Agung Tahunan PEMARAK UM ini diteruskan dengan laporan aktiviti yang dijalankan sepanjang setahun.Perbentangan telah dilaksanakan oleh YDP saudara Mohd Lokman,Setiausaha saudari Nailatun dan Bendahari Agong saudari Munirah Wan Ahmad Salimi.
Pada kemucaknya AGM ini majlis perlantikan barisan kepimpinan PEMARAK Um sesi 2010/2011 telah dilaksanakan.Pengumuman perlantikan baru dibuat secara undian oleh majority ahli dewan yang hadir.Secara rasminya perlantikan ini telah diumumkan oleh saudara Mohd Lokman :
BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA PERAK SESI 2010/2011
Yang Di Pertua
Muhammad Syafaat Bin Mohd Azli
Jabatan Syariah dan Undang-Undang
Timbalan Yang Di Pertua
Intan Syafinaz Binti Sharifudin
Fakulti Sains
Setiausaha Agong
Mohammad Rusydan Bin Mohamad Ruslan
Jabatan Syariah dan Ekonomi
Bendahari Agong
Mohamad Zaim Bin Isamail
Jabatan Syariah dan Ekonomi
Ini merupakan barisan kepimpinan baru PEMARAK UM yang akan meneruskan perjuangan untuk memaksimumkan peluang di dalam berpersatuan untuk melaksanakan dan merencanakan aktiviti pada masa akan datang untuk mahasiswa-mahasiswi Perak.Semoga dengan perlantikan ini diberikan oleh Allah kekuatan dan dipermudahkan kepada kepimpinan baru untuk mentadbir persatuan ini.Sekian sahaja laporan AGM PEMARAK UM kali ini.Terima kasih.
Sekalung Penghargaan kepada Mantan kepimpinan PEMARAK UM sesi 2009/2010
1 comments:
April 21, 2010 at 12:31 AM
Permalink this comment
GO pemarak um...ayuh yeop