• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

MOTIVASI MEGA & SOLAT HAJAT " HADIAH BUAT DIRI"
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

~Moh join PEMARAK~

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian semester menuntut ilmu ,kini tiba masa mahasiswa dan mahasiswi akan diuji sejauh mana kefahaman dan aplikasi ilmu yang dipelajari selama 4 bulan dengan peperiksaan akhir semesta.Pelbagai persiapan dan persediaan pasti sudah dilakukan oleh anda untuk hadapi peperiksaan.
Sebagai touch up @ topup untuk ilmu dan meyakinkan anda untuk menghadapi peperiksaan Persatuan Mahasiswa Perak UM(PEMARAK) dengan kerjasama PMIUM, PMAPIUM,PERMAS,PBAUM dan PMP mengadakan Motivasi Mega & Solat Hajat.

Turut sama dalam motivasi ini menampilkan pakar motivasi Amin Idris dibawah tajuk motivasinya " Hadiah buat diri ".

Majlis ini akan berlangsung pada 27 Oktober 2010 iaitu hari khamis ini bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan UM.Kira-kira majlis ini akan bermula seawal 7 petang dan Solat Hajat akan diadakan untuk bermunajat bagi memudahkan mahasiswa-mahasiswi memperoleh kejayaan menghadapi peperiksaan.

Marilah sama memanfaatkan masa dan peluang ini untuk dapatkan tip-tip dan kata semangat sebagai perangsang untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Photo

Wednesday, October 27, 2010

at 12:44 AM


0 comments: