• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Curahan Harapan KIC'10
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Salam Muhibbah buat pembaca sekalian.
Program besar Pemarak yang pertama bagi semester 2 ini ialah KIC iaitu Kem Insan Cemerlang. Program ini adalah lebih kepada memandu adik-adik di peringkat sekolah menengah dalam mengenali alam kampus.
Di samping itu, ia juga memberi gambaran awal kepada mereka tentang suasana, cara pembelajaran, perkongsian, motivasi dan banyak lagi yang mereka patut tahu sebelum melnjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Program ini juga sebenarnya ingin mempromosikan UM sebagai universiti pilihan mereka.
Maklumat program adalah seperti berikut :

Program : KIC'10 (Kem Insan Cemerlang)
Anjuran : Exco Sukan & Rekreasi bersama Exco Intelektual Persatuan Mahasiswa Perak UM
Tarikh : 19 - 21 Feb 2010
Tempat : Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar
Tema : Pelajar Cemerlang Perak Gemilang

Objektif : 1- Memperkenalkan Universiti Malaya kepada pelajar sekolah di negeri Perak sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul.
2-Mewujudkan kerjasama antara Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) serta sekolah-sekolah di negeri Perak.
3-Memberi dorongan, galakan dan panduan berguna kepada para peserta dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar.
4-Membentuk generasi muda yang berkepimpinan serta mempunyai keyakinan, sahsiah dan jati diri yang unggul
JUSTIFIKASI:
Menonjolkan Universiti Malaya sebagai sebuah universiti perdana di Malaysia. Selain berusaha mengembalikan peranan mahasiswa sebagai pencetus revolusi ilmu dalam masyarakat. Dalam masa yang sama dapat bersama-sama membina hubungan yang erat antara institusi-institusi yang terlibat dan pelajar sekolah (warga Perak).

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, KIC ini pernah dilakukan pada tahun lepas, dan ini adalah kali yang kedua InsyaAllah akan dijayakan. Program ini membawa adik-adik dari Perak ke UM dan mereka menginap di Kolej ke-4. KIC tahun lepas dijayakn dengan kerjasama pimpinan Kolej ke-4.
Sebanyak 2 buah sekolah telah terpilih mengikuti program ini. Maklum balas yang kami terima sangat memberangsangkan.
Selain itu kami memperkenalkan UM dengan slot-slot yang ada dan pada sebelah petangnya mereka melawati sekitar UM.
Semoga dengan program yang kami jalankan ini sedikit sebanyak membantu anak-anak bangsa dan agama kita dalam melayari kehidupan di alam ini. Mohon doa dari sahabat-sahabat Perak khususnya dan warga UM amnya dalam kami berusaha dan bertungkus-lumus mencapai matlamat dan menjayakannya..Amin.
" Seiring bersama Pemarak "

Photo

Saturday, January 9, 2010

at 10:41 PM


0 comments: