• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Selamat hari Raya Eidulfitri
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


Salam Eidulfitri buat semua warga UM walaupun agak terlewat kami (MT & EXCO Pemarak) ucapkan. Dalam kita menyambut Bulan Syawal ini, janganlah kita lupakan kepada mereka yang ditimpa musibah & ujian dari-Nya. Sering terlihat di dada akhbar kes kemalangan dan juga bencana alam yang melanda. kami berharap warga Pemarak sekalian pergi & pulang dengan selamat untuk meneruskan sisa-sisa pengajian yang masih berbaki.

Photo

Thursday, September 24, 2009

at 8:24 PM


majlis Penutupan IKRAM'09
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Moh semua anak-anak Perak turun ke Auditorium Kompleks Perdana Siswa 10hb 9 2009 untuk menghadiri Majlis Penutupan ihya' Ramadhan (IKRAM'09) anjuran MPMUM dengan kerjasama PEMARAK, PEMADAH, PMK & PMIUM.
Daang lah beramai-ramai bagi memeriahkan majlis tersebut.InsyaAllah majlis akan bermula selepas solat Isyak..

Photo

Thursday, September 10, 2009

at 2:00 AM


PEMARAK 's THIRT
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

salam PEMARAK family

ATTENTION for those who have order

PEMARAK 's THIRT

Kindly please contact Izreen asap to collect your t-shirt.

Thank you for the coop.
;)

P/S Anyway, for those who want that t-shirt, its still available for sale.ONLY RM20.
(LABUH & Short sleave) .Promotion Price for Ramadhan month only. \(^o^)/
Delivery On-
11 Sept 2009 -Majlis Berbuka puasa Bersama ahli Pemarak.
InsyaAllah.

Till then. keep in touch.Thank you and sorry for everything.salam.
wanizreen@yahoo.com
013-222 8605

Photo

Friday, September 4, 2009

at 1:23 PM


Majlis yang berharga
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Salam Ramadhan kepada pengunjung setia Blog Pemarak sekalian. Hari ini genap hari ke-12 umat Islam berpuasa. Baru sebentar tadi majlisn berbuka puasa anjuran MPMUM dengan kerjasama PEMARAK, PEMADAH & PMK berlangsung di DP1 KPS @ nama timangannya IKRAM'09. Yang istimewanya hari ini adalah, kami berbuka puasa bersama tetamu jemputan yang sangat istimewa. Mereka adalah ahli PERMIUM (Persatuan mahasiswa Istimewa UM) dan anak-anak yatim yang didatangkan dari sekitar selangor.
Melihatkan wajah-wajah comel mereka, suatu rasa yang datang tiba-tiba dalam diri. Mana tidaknya, anak-anak yang tidak berdosa itu sudah pandai berdikari dan lebih terharu lagi mereka tidak dapat menikmati selaut kasih-sayang dari ibu bapa yang dicintai. Alangkah bahagianya mereka jika diberi kesempatan untuk bertemu dengan ibu bapa sendiri.
Sambutan yang tidak terjangka oleh pihak penganjur sewaktu meraikan kedatangan mereka. Mereka diraikan bak sang Raja. Riak gembira terpamir diwajah bersih mreka. walaupun tidak berupaya melihat kecantikan kejadian ciptaan Tuhan, mereka masih dipelihara dari dosa mata yang sering kali kita lakukan. Betapa Tuhan menyayangi mereka. Pemarak pada sesi lepas juga pernah menganjurkan Iftor bersama PERMIUM di Kolej 7.

Photo

Wednesday, September 2, 2009

at 9:36 PM