• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Majlis yang berharga
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Salam Ramadhan kepada pengunjung setia Blog Pemarak sekalian. Hari ini genap hari ke-12 umat Islam berpuasa. Baru sebentar tadi majlisn berbuka puasa anjuran MPMUM dengan kerjasama PEMARAK, PEMADAH & PMK berlangsung di DP1 KPS @ nama timangannya IKRAM'09. Yang istimewanya hari ini adalah, kami berbuka puasa bersama tetamu jemputan yang sangat istimewa. Mereka adalah ahli PERMIUM (Persatuan mahasiswa Istimewa UM) dan anak-anak yatim yang didatangkan dari sekitar selangor.
Melihatkan wajah-wajah comel mereka, suatu rasa yang datang tiba-tiba dalam diri. Mana tidaknya, anak-anak yang tidak berdosa itu sudah pandai berdikari dan lebih terharu lagi mereka tidak dapat menikmati selaut kasih-sayang dari ibu bapa yang dicintai. Alangkah bahagianya mereka jika diberi kesempatan untuk bertemu dengan ibu bapa sendiri.
Sambutan yang tidak terjangka oleh pihak penganjur sewaktu meraikan kedatangan mereka. Mereka diraikan bak sang Raja. Riak gembira terpamir diwajah bersih mreka. walaupun tidak berupaya melihat kecantikan kejadian ciptaan Tuhan, mereka masih dipelihara dari dosa mata yang sering kali kita lakukan. Betapa Tuhan menyayangi mereka. Pemarak pada sesi lepas juga pernah menganjurkan Iftor bersama PERMIUM di Kolej 7.

Photo

Wednesday, September 2, 2009

at 9:36 PM


0 comments: