• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Assalamualaikum
Buat pengetahuan ahli PEMARAK sekalian, barisan MT&exco PEMARAK seisi ini dengan bantuan para ad-hoc yang begitu komited telah berjaya menjalankan beberapa program iaitu,

Hari Interaksi PEMARAK
Program ini telah diadakan pada 26 Ogos 2007 yang lalu, yang telah diadakan di padang Varsiti berhadapan dengan Falkuti Kejuruteraan. Dengan kehadiran menghampiri 30 orang peserta, program yang dimulakan dengan riyadah bersama ahli ini berjaya melahirkan titik perkenalan yang menjadi titik tolak persaudaraan. Program ini, di ikuti dengan seisi kedua iaitu ucapan TNC, Prof Madya Dr Azarae Hj Idris dan di akhiri dengan seisi penyampaian hadiah.

Ziarah PPUM
Tidak lengkap dan tidak adil rasanya jika sekadar mengambil kira kebajikan bagi kita yang sihat sahaja.Lantaran rasa ihsan dan inisiatif Exco Kebajikan dan Perpaduan PEMARAK, satu program yang dinamakan Ziarah PPUM telah di adakan pada 6 September 2007. Program ziarah yang bertujuan kebajikan ini berjaya menghiburkan para pesakit di samping memberi kesedaran kepada kita supaya mensyukuri nikmat sihat,



Program Bengkel Kemahiran softskil

Tempat : DK3,Fakulti Sains

Tarikh : 8 September 2007

Masa : 9pagi – 1.30 tengahari

-Memberi pendedahan mengenai cara menendalikan organisasi

Program Kemahiran IT (PROKIT’07)

Tempat :Makmal Komputer, Fakulti Pendidikan

Tarikh 29 September 2007

Masa : 9 Pagi – 4.30 petang

-Program yang mengajar cara-cara mengendalikan perisian SWISH

Program Berbuka Puasa Anak Perak

Tempat : Dataran Za.ba, Fakulti Perakaunan

Tarikh : 4 Oktober 2007

Masa : 6.30 petang – 8.30 malam

-menghimpunkan anak negeri Perak dari seluruh pelusuk UM

Program bersama Anak Yatim (Promaya)

Tempat : Manjoi, Perak

Tarikh : 11-13 Januari 2008

- memberi peluang kepada ahli Pemarak untuk mengenali dan menghayati kehidupan sebagai anak yatim, dan pada masa yang sama mensyukuri nikmat mempunyai ibu bapa


Disamping itu, masih terdapat beberapa program yang belum dilaksanakan dan diharap barisan MT dan EXCO PEMARAK seisi akan datang dapat meneruskan program-program ini,

-Kem Insan Cemerlang
-OPKIM
-Lawatan ke rumah menteri besar
-Hari Keluarga PEMARAK
-Makan Malam PEMARAK

Jutaan kemaafan di pohon oleh kami barisan MT dan EXCO sesi 2007/2008 kerana gagal menggerakkan blog PEMARAK ini. Lantaran kesibukan sebagai pelajar di tambah lagi kefahaman yang minimum terhadap pengoperasian blog, akhirnya blogpemarak ini terlihat tempang tanpa fungsi yang sepatutnya. Di harapkan juga agar sesi PEMARAK akan datang dapat memaksimumkan penggunaan blog ini.


Photo

Thursday, April 3, 2008

at 12:11 PM


0 comments: