• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


~Moh join PEMARAK~


Assalamualaikum, kehadiran Ramadhan cukup bermakna buat muslim yang menggunakan bulan ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.Namun secara jelasnya kedatangan bulan ramadhan ini akan menghampiri kepada penamatnya yakni bulan syawal iaitu hari kemenangan bagi Muslim yang berjaya menjadikan bulan ramadhan ini bulan terbaik untuk dirinya setelah selama sebulan menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat.Tidak datang ramadhan untuk menahan manusia dari makan dan minum bahkan ianya suatu tarbiyah atau didikan Allah kepada hambanya yang selama ini telah melakukan yang ona selama sebelas bulan yang lalu.Dan ramadhan adalah bulan yang Allah hadiahkan khas buat umat Islam untuk meningkatkan amal kebajikan.Jadi berbaki beberapa hari ini semestilah kita berebut untuk berlumba-lumba untuk melakukan ibadat semata-mata mencari keredhaan Illahi.Kehadiran syawal yang akan menjelma tidak lama lagi seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan kita berziarah sesama saudara mara,rakan-rakan dan bersilaturrahim dengan umat islam yang lain.Sekian,Selamat Menyambut bulan Syawal dan hari lebaran :)

Photo

Tuesday, September 7, 2010

at 3:37 AM