• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

MOTIVASI MEGA & SOLAT HAJAT " HADIAH BUAT DIRI"
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

~Moh join PEMARAK~

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Setelah sekian semester menuntut ilmu ,kini tiba masa mahasiswa dan mahasiswi akan diuji sejauh mana kefahaman dan aplikasi ilmu yang dipelajari selama 4 bulan dengan peperiksaan akhir semesta.Pelbagai persiapan dan persediaan pasti sudah dilakukan oleh anda untuk hadapi peperiksaan.
Sebagai touch up @ topup untuk ilmu dan meyakinkan anda untuk menghadapi peperiksaan Persatuan Mahasiswa Perak UM(PEMARAK) dengan kerjasama PMIUM, PMAPIUM,PERMAS,PBAUM dan PMP mengadakan Motivasi Mega & Solat Hajat.

Turut sama dalam motivasi ini menampilkan pakar motivasi Amin Idris dibawah tajuk motivasinya " Hadiah buat diri ".

Majlis ini akan berlangsung pada 27 Oktober 2010 iaitu hari khamis ini bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan UM.Kira-kira majlis ini akan bermula seawal 7 petang dan Solat Hajat akan diadakan untuk bermunajat bagi memudahkan mahasiswa-mahasiswi memperoleh kejayaan menghadapi peperiksaan.

Marilah sama memanfaatkan masa dan peluang ini untuk dapatkan tip-tip dan kata semangat sebagai perangsang untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.

Photo

Wednesday, October 27, 2010

at 12:44 AM


Perhimpunan 1 Mahasiswa Anak Perak
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


~Moh join PEMARAK~


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tanggal 15-17 Oktober 2010 Persatuan Mahasiswa Perak telah mengikuti Perhimpunan Mahasiswa Anak Perak 2010 yang dianjurkan oleh Yayasan Perak.Perhimpunan ini merupak
an julung kalinya diadakan bertempat di Ipoh, Perak baru -baru ini.

Program ini disertai oleh wakil himpunan mahasiswa anak perak yang berada di seluruh Ipt di kampus Perak dan luar Perak

Objektif perhimpunan ini adalah untuk menghimpunkan mahasiswa anak Perak di seluruh ipt sebagai ilham dalam merealisasikan mahasiswa anak Perak yang berintelektual dan berintigriti.

Lebih kurang 33 Ipt dijemput dalam perhimpunan ini dan kesemua persrta dalam program kali ini seramai 1200 mahasiswa/si.

Antara Ipt yang hadir bagi luar kampus Perak adalah Universiti Malaya , UKM , UPM , UNISZA ,
USM , UITM Shah Alam,UITM Pulau Pinang, UTM , UTEM dan sebagainya.

Sementara Ipt kampus Perak seperti UITM Seri Iskandar,UTP, Politeknik Ungku Omar , Masterskill College, UnikL , IPG Ipoh , PISAS dan lain-lain.

Selain itu, mahasiswa didedahkan mengenai keadaan ekonomi dan pentadbiran negeri Perak, institusi beraja dan lawatan ke SUK (Dewan Sidang Dun,Pejabat MB)

Tambah lagi , majlis perasmian perhimpunan ini disempurnakan oleh Menteri Besar Perak , Dato' Seri Zambry Kadir di kediamannya.Mahasiswa juga didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan di gugusan Manjoi bersama masyarakat tersebut.

Pelbagai pengalaman dan ilmu yang diperolehi di sini dan membuka minda mahasiswa untuk terus membantu

Photo

Thursday, October 21, 2010

at 4:37 PM


SELAMAT MENYAMBUT HARI LEBARAN
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


~Moh join PEMARAK~


Assalamualaikum, kehadiran Ramadhan cukup bermakna buat muslim yang menggunakan bulan ini untuk memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah.Namun secara jelasnya kedatangan bulan ramadhan ini akan menghampiri kepada penamatnya yakni bulan syawal iaitu hari kemenangan bagi Muslim yang berjaya menjadikan bulan ramadhan ini bulan terbaik untuk dirinya setelah selama sebulan menjaga diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat.Tidak datang ramadhan untuk menahan manusia dari makan dan minum bahkan ianya suatu tarbiyah atau didikan Allah kepada hambanya yang selama ini telah melakukan yang ona selama sebelas bulan yang lalu.Dan ramadhan adalah bulan yang Allah hadiahkan khas buat umat Islam untuk meningkatkan amal kebajikan.Jadi berbaki beberapa hari ini semestilah kita berebut untuk berlumba-lumba untuk melakukan ibadat semata-mata mencari keredhaan Illahi.Kehadiran syawal yang akan menjelma tidak lama lagi seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin dengan kita berziarah sesama saudara mara,rakan-rakan dan bersilaturrahim dengan umat islam yang lain.Sekian,Selamat Menyambut bulan Syawal dan hari lebaran :)

Photo

Tuesday, September 7, 2010

at 3:37 AM