• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

LEBIH 500 MAHASISWA BERHIMPUN DI BUKIT JANA, PERAK
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)





Pada 21-23hb Oktober 2011 telah diadakan Himpunan Kerjaya Mahasiswa Perak (HIMPUN) bertempat di Taiping Golf Resort, Bukit Jana Perak. Program ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) dan Kerajaan Negeri Perak. Persatuan Mahasiswa Perak UM telah menghantar seramai 18 orang untuk menyertai program ini.

Program ini telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak oleh Dato Seri Zambry Abdul Kadir. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti ice breaking, taklimat kerjaya, taklimat menghadapi temuduga dan sebagainya.



Dalam program tersebut juga berlangsung sidang mesyuarat Majlis Perundingan Mahasiswa Perak bertempat di Bilik Gerakan Bangunan Perak. Saudara Meor Farid Asyradi telah dilantik untuk mewakili Universiti Malaya dalam persidangan tersebut. MPMP ditubuhkan sebagai platform menyampaikan pandangan mahasiswa kepada Kerajaan Negeri Perak. Seramai 20 buah kampus ipt menyertai persidangan ini.

~Moh join PEMARAK~

Photo

Monday, November 7, 2011

at 7:30 AM


SALAM AIDIL ADHA
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)



~SALAM AIDIL ADHA DARIPADA PEMARAK UM~

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud:

"Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha."

(Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)

Semoga selamat sampai ke destinasi masing-masing dan berhati-hati di jalan raya.


~Moh join PEMARAK~

Photo

Sunday, November 6, 2011

at 7:32 AM


SEKOLAH NADWAH ATTULAB, SEKOLAH ANGKAT PEMARAK- YDP
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)






Pada 16 dan 17 Julai baru-baru ini Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) telah berjaya mengadakan Kem Ibadah dan Penghayatan Islam 11 di Sekolah Agama Nadwah Attulab, Layang-layang Kanan, Perak. Program diadakan dengan kerjasama pentadbiran Sekolah Agama Nadwah Attulab. Program ini disertai seramai 40 orang pelajar sekolah.

Pengarah program saudara Najmul Kamil bin Daud yang juga merupakan Exco Ekonomi Persatuan Mahasiswa Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus membantu bagi menjayakan program Kem Ibadah kali ini. Program ini juga merupakan perintis awal kepada pihak sekolah untuk meneruskan program-program akan datang dengan kerjasama PEMARAK.

Dalam majlis penutup Kem Ibadah dan Penghayatan Islam itu juga, YDP Persatuan Mahasiswa Perak saudara Muhammad Syafaat bin Muhd Azli mengistiharkan Sekolah Agama Nadwah Attulab sebagai sekolah angkat PEMARAK dan akan meneruskan program-program seperti ini di masa akan datang.


~Moh join PEMARAK~

Photo

Tuesday, July 26, 2011

at 8:59 PM