• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

IFTAR PERDANA 10'@PEMARAK
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


~Moh join PEMARAK~

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan khususnya anak-anak Perak.Di bulan yang mulia ini marilah sama-sama kita meningkatkan amalan ibadat dan mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta.Di harapkan kedatangan ramadhan kali ini dapat memberi peluang dan ruang yang lebar kepada kita untuk memperoleh ketaqwaan seperti mana dinukilkan atau dirakamkan Allah dalam Al-Quran berkaitan kehebatan dan tawaran yang diberikan di dalam bulan ini.Bagi menghidupkan dan mengimarahkan bulan ini PEMARAK UM akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak Perak.Makluman butiran dipaparkan seperti dalam poster di atas.Kami menjemput siswa siswi yang muslim dan non-muslim untuk mengikuti bersama dalam majlis ini.Di samping mengeratkan ukhuwah ramai kenalan dapat dilebarkan bersama.Jumpa di sana.

Photo

Monday, August 23, 2010

at 10:12 PM


KEMULIAAN RAMADHAN DALAM MENDIDIK DIRI
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)


~Moh join PEMARAK~

Bulan Ramadhan telah dimuliakan oleh Allah SWT mengatasi bulan-bulan yang lain. Ramadhan mampu menjana satu suasana yang cukup indah bagi orang-orang beriman. Siang dan malam silih berganti di Bulan Ramadhan, pastinya diwarnai dengan kepelbagaian corak warna-warni pengibadatan kepada Allah dengan penuh ketaatan dan iringan keikhlasan sejati kepadaNya.

Kemucak kepada bulan Ramadhan melahirkan umat Islam yang bertaqwa kepada Allah.Salah satu bentuk atau kaedah dalam mencapai ketaqwaan Allah taala ialah dengan membentuk kehidupan kita dengan cara Islam.Nah keindahan hidup dalam suasana penghayatan Islam inilah yang dikenali dengan “Biah Solehah”. “Biah” adalah kalimah Arab yang bermaksud suasana, keadaan dan juga persekitaran. Manakala “Solehah” pula ialah semua yang baik pada perspektif syarak iaitu menyuruh melakukan yang baik (makruf) dalam masa yang sama menghalang dari melakukan yang jahat (mungkar) pada pandangan Islam.

Pembentukan “Biah Solehah” pasti akan tercapai melalui penghayatan amalan-amalan di Bulan Ramadhan. Ramadhan telah mendisplinkan kehidupan semua mukmin dengan bersahur di awal pagi seterusnya menghabiskan masa sebelum subuh dengan latihan bangun malam untuk beribadah (qiyamullail) walaupun memadai dengan sekadar 2 rakaat Solat Sunat Tahajud.

Biah Solehah di bulan berkat ini juga akan terhasil melalui kefardhuan berpuasa sebulan di Bulan Ramadhan. Puasa yang dikehendaki agama bukannya semata - mata merasai keperitan lapar dan dahaga tetapi juga mesti menahan semua anggota badan dari melanggar tegahan Allah dan RasulNya. Inilah hakikat puasa khusus yang telah digariskan oleh Imam Nawawi Rahimahullah dalam Kitabnya Ihya Ulumuddin. Puasa kategori ini akan berjaya menundukkan hawa nafsu yang bersarang dan bertakhta di jiwa menjadi lemah dan patuh kepada perintah Allah seterusnya lahirlah hamba yang akan takut untuk menerjah sempadan larangan-larang AllahS.W.T.

Rasulullah SAW adalah model pemimpin yang telah berjaya membentuk biah solehah. Strategi yangbaginda gunakan adalah terlalu mudah untuk kita mencontohinya. Hanya melalui dua langkah yang mudah iaitu pembacaan Al-Quran secara bertadarus dan pengamalan segala hukum hakam yang terkandung di dalamnya. Itulah serampang dua mata senjata ampuh yang amat berkesan dalam melahirkan masyarakat yang hidup dalam suasana Biah Solehah.

Alangkah indahnya suasana “Biah Solehah” di Bulan Ramadhan ini dapat dilestarikan hingga ke hari-hari seterusnya di bulan-bulan yang lain. Para sahabat dulu menangisi pemergian Ramadhan dan berdoa agar setiap bulan adalah bulan Ramadhan. Pengamalan yang berterusan hasil didikan dan latihan di Bulan Ramadhan itulah yang menjadi harapan kerana para ulama’ pernah bermadah "Beristiqamah dalam ibadat adalah lebih baik dari memiliki 1000 karamat".

Tarbiyah Ramadhan kali ini hendaklah digunakan dengan sebaiknya kerana kita tidak mengetahui peluang dan ruang pada masa akan datang dapat menemui bulan mulia ini.Dirakamkan dalam Al-Quran akan peristiwa besar yang berlaku pada bulan Ramadhan iaitu perang badar al kubra.Allah merakamkan pengajaran yang besar di mana Allah melatih dan mendidik 'tarbiyah' kepada tentera Islam dalam peperangan ini dan tentera Islam berjaya menewaskan tentera musyrikin dalam suasana kuantiti tentera umat Islam yang sedikit berbanding tentera musyrikin.

Di zaman kini, jihad yang paling besar pada kita pada bulan ini bagaimana hendak mengawal atau menjaga hawa nafsu 'jihad an nafs'.Cabaran yang besar Allah letakkan pada hambaNya untuk mendidik diri pada bulan Ramadhan ini.Allah menjanjikan pulangan dan habuan ganjaran yang besar kepada hambaNya iaitu diakhir atau kemuncaknya bulan ini mendapat kenikmatan taqwa kepada Allah taala.

Akhir kalam sambutlah dan raikanlah Ramadhan dengan mengisi pelbagai model atau plan untuk diri sendiri dan orang lain.Medan tarbiyah kali ini seharusnya dimanfaat sebaik mungkin kerana bulan Ramadhan adalah bulan bonus Allah kurniakan kepada hambaNya untuk membuat amal kebajikan dan mencegah kemungkaran.

Photo

Monday, August 16, 2010

at 11:50 AM


Minggu PROMO PEMARAK
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)



~Moh join PEMARAK~

Assalamualaikum.Salam perkenalan rakan siswa/si Universiti Malaya khususnya anak-anak Perak.Kami mengalu-alukan kedatangan anda ke laman blog PEMARAK.Sempena MINGGU PROMO , kami menjemput anda untuk datang ke booth kami di dataran Kompleks Perdana Siswa bagi sama-sama beramah mesra dengan warga PEMARAK yang lain.Di samping itu, kami membuka kaunter pendaftaran ahli PEMARAK dan pelbagai aktiviti menarik menanti anda.Ayuh datang beramai-ramai ke booth kami dan rebutlah tawaran menarik di sana.Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi warga PEMARAK yang sah.Kami akan berada di booth kami selama 3 hari bermula 26 Julai sehingga 28 Julai 2010.Jumpa di sana :-)

Photo

Sunday, July 25, 2010

at 9:00 AM