• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

"Kenapa Nizar tidak boleh menjadi MB?"
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.
Sumber dari Malaysiakini.com.

Photo

Tuesday, February 9, 2010

at 9:18 PM


Zambry MB kite yeop!!!
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.
Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.
Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.
Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry. Berita ini dipetik dari Malaysiakini.com..
Walau siapa pun MB kita, kita sebagai rakyat yan diperintah perlu mematuhi dan mengikut arahan oleh pihak pemerintah. Berbagai peristiwa telah menimpa negeri tanah tumpah darah yang tercinta ini. Jika Perak masih belum stabil, ia juga menggugat kepercayaan pelabur-elabur asing terhadapnya.
Sama-sama kita berdoa agar negeri Perak kembali stabil dari segi politik, ekonomi dan sebagainya.

Photo

at 8:30 PM


Curahan Harapan KIC'10
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Salam Muhibbah buat pembaca sekalian.
Program besar Pemarak yang pertama bagi semester 2 ini ialah KIC iaitu Kem Insan Cemerlang. Program ini adalah lebih kepada memandu adik-adik di peringkat sekolah menengah dalam mengenali alam kampus.
Di samping itu, ia juga memberi gambaran awal kepada mereka tentang suasana, cara pembelajaran, perkongsian, motivasi dan banyak lagi yang mereka patut tahu sebelum melnjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi.

Program ini juga sebenarnya ingin mempromosikan UM sebagai universiti pilihan mereka.
Maklumat program adalah seperti berikut :

Program : KIC'10 (Kem Insan Cemerlang)
Anjuran : Exco Sukan & Rekreasi bersama Exco Intelektual Persatuan Mahasiswa Perak UM
Tarikh : 19 - 21 Feb 2010
Tempat : Sekolah Menengah Raja Perempuan Kalsom, Kuala Kangsar
Tema : Pelajar Cemerlang Perak Gemilang

Objektif : 1- Memperkenalkan Universiti Malaya kepada pelajar sekolah di negeri Perak sebagai sebuah institusi pengajian tinggi yang unggul.
2-Mewujudkan kerjasama antara Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) serta sekolah-sekolah di negeri Perak.
3-Memberi dorongan, galakan dan panduan berguna kepada para peserta dalam menempuh kehidupan sebagai pelajar.
4-Membentuk generasi muda yang berkepimpinan serta mempunyai keyakinan, sahsiah dan jati diri yang unggul
JUSTIFIKASI:
Menonjolkan Universiti Malaya sebagai sebuah universiti perdana di Malaysia. Selain berusaha mengembalikan peranan mahasiswa sebagai pencetus revolusi ilmu dalam masyarakat. Dalam masa yang sama dapat bersama-sama membina hubungan yang erat antara institusi-institusi yang terlibat dan pelajar sekolah (warga Perak).

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, KIC ini pernah dilakukan pada tahun lepas, dan ini adalah kali yang kedua InsyaAllah akan dijayakan. Program ini membawa adik-adik dari Perak ke UM dan mereka menginap di Kolej ke-4. KIC tahun lepas dijayakn dengan kerjasama pimpinan Kolej ke-4.
Sebanyak 2 buah sekolah telah terpilih mengikuti program ini. Maklum balas yang kami terima sangat memberangsangkan.
Selain itu kami memperkenalkan UM dengan slot-slot yang ada dan pada sebelah petangnya mereka melawati sekitar UM.
Semoga dengan program yang kami jalankan ini sedikit sebanyak membantu anak-anak bangsa dan agama kita dalam melayari kehidupan di alam ini. Mohon doa dari sahabat-sahabat Perak khususnya dan warga UM amnya dalam kami berusaha dan bertungkus-lumus mencapai matlamat dan menjayakannya..Amin.
" Seiring bersama Pemarak "

Photo

Saturday, January 9, 2010

at 10:41 PM