Assalamualaikum
Buat pengetahuan ahli PEMARAK sekalian, barisan MT&exco PEMARAK seisi ini dengan bantuan para ad-hoc yang begitu komited telah berjaya menjalankan beberapa program iaitu,
Hari Interaksi PEMARAK
Program ini telah diadakan pada 26 Ogos 2007 yang lalu, yang telah diadakan di padang Varsiti berhadapan dengan Falkuti Kejuruteraan. Dengan kehadiran menghampiri 30 orang peserta, program yang dimulakan dengan riyadah bersama ahli ini berjaya melahirkan titik perkenalan yang menjadi titik tolak persaudaraan. Program ini, di ikuti dengan seisi kedua iaitu ucapan TNC,
Prof Madya Dr Azarae Hj Idris dan di akhiri dengan seisi penyampaian hadiah.
Ziarah PPUM
Tidak lengkap dan tidak adil rasanya jika sekadar mengambil kira kebajikan bagi kita yang sihat sahaja.Lantaran rasa ihsan dan inisiatif Exco Kebajikan dan Perpaduan PEMARAK, satu program yang dinamakan Ziarah PPUM telah di adakan pada 6 September 2007. Program ziarah yang bertujuan kebajikan ini berjaya menghiburkan para pesakit di samping memberi kesedaran kepada kita supaya mensyukuri nikmat sihat,
Program Bengkel Kemahiran softskil
Tempat : DK3,Fakulti Sains
Tarikh : 8 September 2007
Masa : 9pagi – 1.30 tengahari
-Memberi pendedahan mengenai cara menendalikan organisasi
Program Kemahiran IT (PROKIT’07)
Tempat :Makmal Komputer, Fakulti Pendidikan
Tarikh 29 September 2007
Masa : 9 Pagi – 4.30 petang
-Program yang mengajar cara-cara mengendalikan perisian SWISH
Program Berbuka Puasa Anak Perak
Tempat : Dataran Za.ba, Fakulti Perakaunan
Tarikh : 4 Oktober 2007
Masa : 6.30 petang – 8.30 malam
-menghimpunkan anak negeri Perak dari seluruh pelusuk UM
Program bersama Anak Yatim (Promaya)
Tempat : Manjoi, Perak
Tarikh : 11-13 Januari 2008
- memberi peluang kepada ahli Pemarak untuk mengenali dan menghayati kehidupan sebagai anak yatim, dan pada masa yang sama mensyukuri nikmat mempunyai ibu bapa
Disamping itu, masih terdapat beberapa program yang belum dilaksanakan dan diharap barisan MT dan EXCO PEMARAK seisi akan datang dapat meneruskan program-program ini,
-Kem Insan Cemerlang
-OPKIM
-Lawatan ke rumah menteri besar
-Hari Keluarga PEMARAK
-Makan Malam PEMARAK
Jutaan kemaafan di pohon oleh kami barisan MT dan EXCO sesi 2007/2008 kerana gagal menggerakkan blog PEMARAK ini. Lantaran kesibukan sebagai pelajar di tambah lagi kefahaman yang minimum terhadap pengoperasian blog, akhirnya blogpemarak ini terlihat tempang tanpa fungsi yang sepatutnya. Di harapkan juga agar sesi PEMARAK akan datang dapat memaksimumkan penggunaan blog ini.