• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Merenung ke dalam diri
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Sudah jauh perjalanan kuharungi
Meniti titi usia sendiri Mencari apa ku pun tak pasti…
Mengungkap tirai semalam
Penuh noda penuh kelam

Lisan ku kelu hatiku terbungkam
Ku menyesali kesilapan silam…
Merungkai jendela hari muka
Diam-diam hatiku berdoa
Memohon petunjuk dari Yang Esa
Agar bahagia hakiki bakal ku jumpa…

Merenung ke dalam diri
Kini kuyakin kini kupasti
Aku telah terjumpa cinta yang kucari
Cinta sejati Rabbul Izzati…

Menyingkap tabir senja
Aku insan biasa penuh alpa
Tak pernah lari dari dosa dan noda
Namun hatiku terus-terusan berdoa
Agar aku terus disini bersama cinta Yang Esa…

Menanti di sini
Di perhentian yang tak pasti
Dunia yang tak pernah kumengerti
Bersama harapan yang menggunung tinggi
Di alam yang kekal abadi nanti
Bahagia hakiki yang kutemui…

Semoga diriku yang kerdil ini sentiasa mendapat petunjuk dariNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Photo

Friday, January 4, 2008

at 10:35 AM


Hari Interaksi PEMARAK
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

HARI INTERAKSI PEMARAK akan diadakan pada 26 Ogos 2007.. bertempat di padang berhadapan dengan Fakulti Kejuruteraan...

Semua ahli dijemput hadir... untuk bersama-sama kita berkenal-kenalan dan mengeratkan ukhuwah di antara kita...

Sesungguhnya ukhuwah itu ibarat tasbih, ada awal tapi tiada penghujungnya...

"SEMARAK BERSAMA PEMARAK..."

Photo

Sunday, August 26, 2007

at 12:58 AM


Minggu Promo
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Minggu Promo telah berlangsung selama 4 hari bermula 31 Julai hingga 2 ogos 2007 bertempat di KPS...

Booth PEMARAK telah dimeriahkan dengan kehadiran mahasiswa Universiti Malaya yang ingin mendaftar sebagai ahli PEMARAK.

Senyuman mesra tidak lekang dihadiahkan oleh ajk yang telah ditugaskan menjaga kaunter
".... Mesra Pelanggan... "
Sebahagian ahli yang sibuk mendaftar

Ahli-ahli PEMARAK yang baru bersemangat mendaftar sebagai ahli PEMARAK!!!
KEJO YONG KEJO....


Pameran di booth PEMARAK


Khusyuknye.....

Photo

Saturday, August 25, 2007

at 11:53 PM