• Welcome to my blog!

~Aluan Kami~

Explorace@Pemarak'10
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Assalamua'laikum dan salam sejahtera kepada semua.
Pada hujung minggu ini iaitu pada hari Ahad 28 hb 2 2010, Pemarak akan mengadakan explorace InsyaAllah di KLCC. Satu kumpulan 5 orang. Kepada sesiapa yang berminat dan untuk maklumat lanjut bolehlah hubungi
Lokman 0136345010
Nurul Iffah 0193039068/0135934708
Sebarang maklumat lanjut akan diberitahu kemudian. Maaf bagi pihak Pemarak.

Photo

Thursday, February 25, 2010

at 10:43 AM


HAPPY CHINESE NEW YEARS 2010
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)




SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA/ CONG XI FA CHAI kepada Bangsa Cina yang menyambutnya khususnya kepada anak Perak berbangsa Cina dan amnya kepada warga UM sekalian.

Photo

Saturday, February 13, 2010

at 4:41 PM


"Kenapa Nizar tidak boleh menjadi MB?"
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.
Sumber dari Malaysiakini.com.

Photo

Tuesday, February 9, 2010

at 9:18 PM


Zambry MB kite yeop!!!
Posted by Persatuan Mahasiswa Perak Universiti Malaya (PEMARAK)

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara memutuskan bahawa Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.
Presiden Mahkmah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, mengetuai panel lima orang hakim yang mendengar kes tersebut.Yang lainnya ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong dari Mahkamah Persekutuan.
Keputusan penal hakim tersebut diumumkan oleh Arifin pada jam 11 pagi.Istana Keadilan di Putrajaya, menjadi tumpuan sejak jam 7 pagi tadi apabila orang ramai beratur untuk mendapatkan pas masuk ke dewan mahkamah. Begitu juga penyokong BN dan Pakatan.
Pada 5 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah mendengar rayuan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan hujah para peguamnya selama enam jam, tetapi telah menangguhkan keputusannya.Sebelum itu, mahkamah telah menolak permohonan Nizar supaya panel penuh 11 orang hakim atau tambahan bilangan panel hakim, untuk mendengar kesnya itu.BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak apabila tiga ADUN Pakatan rakyat keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.Berikutan itu, Pakatan telah membawa perkara itu ke mahkamah.
Pada 11 Mei, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim telah memutuskan bahawa Nizar merupakan menteri besar Perak yang sah.Zambry kemudiannya membuat rayuan dan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi itu, dengan alasan hakim berkenaan telah gagal untuk mengambilkira keseluruhan bukti yang dikemukakan.Nizar diwakili oleh para peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili Zambry. Berita ini dipetik dari Malaysiakini.com..
Walau siapa pun MB kita, kita sebagai rakyat yan diperintah perlu mematuhi dan mengikut arahan oleh pihak pemerintah. Berbagai peristiwa telah menimpa negeri tanah tumpah darah yang tercinta ini. Jika Perak masih belum stabil, ia juga menggugat kepercayaan pelabur-elabur asing terhadapnya.
Sama-sama kita berdoa agar negeri Perak kembali stabil dari segi politik, ekonomi dan sebagainya.

Photo

at 8:30 PM